Saturday, 30 April 2016

 Asal Padi 

Sinopsis :
   
   Pada zaman dahulukala,terdapat sepasang suami isteri yang sangat kaya. Mereka memiliki kerbau dan binatang ternakan yang banyak. Harta mereka juga tidak ternilai banyaknya. Pada suatu hari,pasangan suami isteri itu meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki. Kedua-dua orang itu masih belum mampu mencarik nafkah sendiri. Anak sulung suami isteri itu, iaitu anak bongsu pula cacat. Kakinya kerekot,jari-jarinya tumbuh melekat antara satu sama lain seperti itik,dan kedua-dua tumitnya berlubang. Setelah suami isteri itu meninggal dunia, harga benda mereka telah dicuri oleh orang jahat. Harta yang masih ada hanyalah sebuah kolam ikan.

       Pada suatu hari , si bongsu melihat-lihat kolam ikannya. Tiba-tiba dia ternampak tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan bersiap sedia  ingin pulang. Si bongsu memohon untuk mengikuti tujuh orang wanita itu pulangkan ke kayangan. Permintaan si bongsu telah diperkenankan oleh tujuh orang wanita tersebut pulang ke kayangan. Setibanya di kayangan, ketujuh-tujuh orang wanita itu hilang. Tidak berapa lam kemudian, si bongsu ternampak benda kuning berkilau-kilau yang dijemur di tengah-tengah dusun. Si bongsu mentanglah bahasa benda kuning itu ialah selonggok emas.

    Si bongsu bertanya kepada empunya bahawa benda kuning berkilau-kilau itu ialah padi. Dia juga menjelaskan bahawa padi itu amat enak dimakan. Si bongsu bercadang untuk menanam padi bumi. Dia pun meminta izin daripada empunya padi untuk mendapatkan padi tersebut. Empunya padi tidak mengizinkan. Sebaliknya ,si bongsu diberikan nasi supaya dia dapat merasai keenakan hasil padi tersebut.

     Pada suatu hari, si bongsu telah mengambil segengam padi lalu memasukkanya ke dalam mulut untuk dibawa pulang ke bumi. Malangnya empunya padi itu menyedari padinya telah dicuri. Empunya padi itu mencari si bongsu dan mengejarnya sehingga berjaya menagkap di tangga pelangi. Empunya padi itu telah membanting si bongsu sehingga tumit si bongsu berdarah kerana terkena bucu yang tajam. Setelah mendapat padi itu semula,empunya padi itu pun ingin pulang ke kayangan. Si bongsu merayu untuk mengikut mereka ke kayangan, malahn dia sanggup menjadi hamba kepada empunya padi. Permintaan si bongsu diterima dan dia kembali ke kayangan. Di kayangan, si bongsu hanya mengawasi dan menjaga padi yang sedang dijemur.

     Setelah lama, luka pada tumit si bongsu sudah sembuh. Dia bercadang untuk pulang ke bumi. Oleh itu, si bongsu mengambil segengam padi dan butir-butir padi itu disembunyikan di dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Si bongsu meminta izin empunya padi untuk pulang ke bumi. Tetapi dia perlu memeriksa si bongsu lebih dahulu untuk memastikan bahawa padinya tidak dicuri. Si bongsu membenarkan dirinya diperiksa oleh empunya padi. Kerelaan si bongsu itu telah menyakinkan empunya padi bahawa si bongsu tidak mencuri padinya.

     Si bongsu tiba di bumi dengan selamat. Dia menanam padi itu dengan segera. Padi yang ditanam si bongsu mengeluarkan hasil yang memuaskan. Sementara itu, padi di kayangan telah hilang saya hidup. Empunya padi di kayangan telah menghantar burung pipitke bumi untuk memeriksa kalau ada pasi yang ditanam di bumi. Burung pipit itu pun terbang ke bumi dan mendapati padi di bumi sedanag berbuah. Burung pipit telah makan padi tersebut. Kemudian, burung pipit ke kayangan semula, si pipit memberitahu bahawa tiada padi ditanam di bumi. Empunya padi tidak percaya kerana terdapat warna putih menyiliputi paruh si pipit. Empunya menghantar si tengkuri ke bumi. Empunya padi berkata sekiranya ada padi ditanam di bumi, tengkuri akan membunuh si pipit. Kedua-dua burung tiba ke bumi dan tengkuri mendapati ada padi ditanam di bumi. Akhirnya si pipit dibunuh oleh si tengkuri.

No comments:

Post a Comment